Wednesday, February 12, 2014

"Umpama melepaskan anjing tersepit, sudah lepas, dia menggigit"

When it some to FB status updates.....I have been quiet for a short while, for my very own reasons but today i feel like writing...and since I am not keen to start writing in my blog , I'll just write it here..and maybe the extensive version in my journal later.

"Umpama melepaskan anjing tersepit, sudah lepas, dia menggigit"

Contoh cerita (TIADA KAITAN DENGAN MANUSIA YANG MASIH BERNAFAS ATAU MASIH TIDAK BERNAFAS...kalau ada yang perasan, maknanya kamu bukan laa manusia, tapi....a*****)

1.
Mamat nak kawin, kerja eksekutip (mcm hebat la), tapi sengkek. time tu plak ada skim pinjam bank utk kawin, tapi kena la cari penjamin yg income kira ok la. Mamat mintak tolong la si Faiz yg kononnya steady income utk jadi penjamin.
Dapat laa kawin si Mamat, frust menonggeng la setangondol & kuncu-kuncunya sebab tak dapat swindle Mamat join kelab koboi naik kuda...

Ada la 2-3 kali Faiz dpt notis dr bank kata nak bawak masuk mahkamah sebab Mamat tak bayar consistently...pening jugak, sebab Faiz pun dah kawin & steady je wife dia lagi chun...kalau tak kawin bleh gak warning Mamat jgn memain part bayar hutang kang aku amik bini kau jadi bini aku kang haa!!
Tapi pendek cerita, dah bertahun, hutang pun abis bayar...anak si Mamat & bini dia pun dah besar-besar. Mamat pun makin glamor & famous (maklumlah orang ala-ala retis).

Dah tu pandai plak sound orang itu-ini...si Faiz plak bosan kerja gaji besar, resign buat business ciput, masa terhad nak melayan sms, kadang-kadang call pun tak sempat jawab sementara tengah berkejar hantar barang la ambik barang la...

Mamat plak sebab makin famous, kononnya makin la loaded...makin juah & riak la sikap, sampai tak boleh orang sound sikit. Sampaikan Faiz yg tolong dia nak kawin (kalau tak ntah merempat kat lorong mana ntah cari lobang) pun kena cas macam-macam, sampai delete number, tak reply sms, reject call, unfriend block pelbagai...

Kesian Mamat...hanyut dalam hidup glamor & sanggup buang ke laut orang yg bantu dia jadi Muslim drpd jd orang entah apa...

2.
Ali & Muthu ada bakat dalam satu bidang tapi tak ada akal when it comes to actual  "business sense" dan duit pulak ntah mana-mana...makan pun mak bapak tanggung walaupun telur dah berbulu lebat.

Kebetulan ada pula seorang kawan mereka, Faizal yang minat bidang yg sama, juga punyai bakat yg tidak kurang hebatnya walaupun masih berkerja tetap & berpendapatan tinggi, mahu berhenti dan ceburi perniagaan dalam bidang tersebut.
Maka Faizal pun berilah modal yang boleh laa kata takat nak beli Exora Bold cash tu memang lepas laa...busines berjalan...Ali & Muthu serta Faizal bersama-sama mencari rezeki, segala "shortage" dalam hal kewangan, Faizal akan cover, bila payment masyuuuk, Faizal ambil balik bahagian dia tanpa extra charges.

Tak sampai beberapa bulan, Ali & Muthu sudah kelihatan menyeleweng, harta business dipergunakan untuk works & projects sendiri, Faizal kasi sound. Dua ekor mahkluk tersebut berkomplot habis-habisan untuk mengusir Faizal dari terus kekal sebagai rakan kongsi.

Faizal jenis malas nak bergaduh, dia blah, sambil sound - balance berpuluh ribu ringgit tu sila bayar abis dalam tempoh seminggu kalau tak peguam peribadi akan hantar "surat jemputan".

(Haa jangan main-main....Faizal dalam pada drive kereta buruk pun mampu employ peguam peribadi 24x7!!)

Kelam-kabut juga beruk dua ekor tu...makan pun miss, apatah lagi nak bayar balik duit Faizal yg berpuluh riban...

Akhir kisah, selepas beberapa bulan, mampu jugalah Ali & Muthu melangsaikan hutang...dan masih meneruskan perniagaan berlandaskan planning & strategi yg Faizal sediakan seawal business dimulakan.

Kesiannya Ali & Muthu, sebab selang beberapa bulan lepas bayar hutang, diorang pun bungkus...nak buat camana, kalau dah bodoh sombong, duit tak reti manage - hari ni dapat esok dah habis, style mau lebih....memang la "melingkup is just around the corner".

Memang typical kisah-kisah anjing yg terlepas dari tersepit...

3.
...tapi sekarang ni dgr cerita si Faiz & si Faizal walaupun masih cuba membantu insan-insan yg tersepit...kalau diorang "kena gigit" diorang tak banyak bunyi, diorang akan bagi baik-baik kat insan-insan tersebut jamuan makan istimewa...gigi & gusi insan-insan tersebut...fresh from their own mouths lagi!

Sekian....al-kisah "Umpama melepaskan anjing tersepit, sudah lepas, dia menggigit"
Majulah sukan untuk negara (tak semestinya bolasepak aje ok?)

No comments: